Monday, January 30, 2012

lama.

tiada kata
tiada bicara

maaf aku pergi tanpa berita
maaf aku juga tidak menyampai sebarang cerita

bukan kecewa
bukan putus cinta
bukan ada masalah jiwa

cuma
cuma ia hanya satu sekatan
ia satu ketandusan
ah! kering tak beralasan.

maaf.
lama aku tidak memutar bicara
biar kau tercari makna
dalam atau cetekkah ia.

maaf.
aku tak mampu berbicara
walau kali kedua.

Thursday, September 15, 2011

cakar ayam?

penaku capai
tutupnya ku buka
aku renung lembaran putih bergaris
apa yang mahu aku coretkan?

jemariku bagai kekok nada tarinya
ah! berehat seminggu tanpa pena dan warkah putih
aku bagai hilang terus retak asasnya
mesin minda bagai penuh karat kuningnya

penaku letak
tutupnya ku tempat pada asalnya
warkah putih itu ku lipat. nah!

aku putus asa?
tidak!
siap sudah satu karya
nukilan tanpa ilham dan idea

tulisanya cakar ayam sahaja
ideanya bagai isi tiada
malu!
andai ada terbaca
aku baru belajar menuliskah?

Thursday, June 2, 2011

maafkan aku kerana mencintaimu.

maafkan aku kerana mencintaimu

saat kau lafaz kata pisah

tika kau kata benci yang tak sudah

tatkala kau pergi terus melangkah

 

maafkan aku kerana mencintaimu

walau kau terlalu membenci aku

walau kau tak pernah menyayangiku

walau kau memaksa aku melupakanmu

 

maafkan aku kerana mencintaimu

sungguh aku rindu

sungguh kau ku mahu

sungguh kau yang satu

 

maafkan aku kerana mencintaimu

biarpun kau pergi tak mahu lagi bersua

biarpun aku telah kau lupa

biarpun kau hilang tiada depan mata

aku akan tetap mencinta

 

sayang, aku sedar

cintaku ini mungkin mengganggumu

cintaku ini mungkin menyeksa harimu

cintaku ini mungkin muak buat dirimu

namun inilah aku, inilah hatiku, inilah jiwaku

hanya ada kamu

 

maafkan aku kerana terus mencintaimu,

biarpun kau membenciku

aku cuma mahu kau tahu

kau sentiasa dalam hatiku

 

MAAFKAN AKU KERANA MENCINTAIMU.

Saturday, May 7, 2011

Jiwa Kacau

ku bangun dengan pelbagai rasa
suka duka tangis dan tawa
riang mahupun bahagia
luka ataupun seksa

ku jaga dengan seribu tanya
siapa, mengapa, bagaimana dan kenapa?
dia atau mereka, sini atau sana?

ku terlena tanpa reda rasa
masih ada duka
masih setia suka
masih kekal segala tanya

ku tidur tanpa terjawab apa yang tertanya
belum kenal siapa
belum tahu kenapa dan bagaimana

aku mimpi tiada arah
ia adakah sejarah?
atau itu yang bakal aku tarah?

Tuesday, May 3, 2011

aku tak pinta

aku tak pinta untuk hidup dalam duka

aku tak pinta untuk hidup bersama air mata

aku tak pinta untuk hidup dalam sengsara

aku juga tak pinta untuk kehidupan yang penuh lara

apa bisa aku lakukan?

aku hanya hamba tuhan

Dia yang aturkan

Dia yang rencanakan

aku? patuh ikut turutkan

apa bisa aku lakukan?

Dia ada agendaNya

Dia tahu baik buruknya

Dia tahu isu dihadapan

aku?

tetaplah sabar hatiku

tetaplah tabah jiwaku

tetaplah kuat kalbuku

tetaplah teguh diriku!

aku?

hanya mampu berdoa

hanya mampu berserah

hanya mampu berusaha

moga yang duka tak terus terluka

moga yang lara tak terus merana

moga yang sedih tak terus pedih

Allah. Hanya Kau yang aku sembah

dan kepada Kau jua aku meminta pertolongan.

Allah. Moga aku tetap tabah, dijalanan penuh ujian

Moga aku kuat, sekuat kekasihMu Muhammad, jua Rasulku.

Berikan aku cahaya keluar.

berikan aku Nur keimanan.

moga aku tak tersesat dalam sebuah perjalanan!

Saturday, April 30, 2011

bila kata…

tak bisa lidah berbahasa

tak gerak bibir menyusun kata

bila hati terus berbicara

takkan mereka endah, apa saja yang kau laungkan!

+++

dalam cahaya cinta tetap ada kerlip lara

dalam hujan-hujan rindu tetap ada awan bahagia.

Sunday, April 17, 2011

the man of mySoul.

lihatlah ke dalam hatimu
adakah diriku?
renunglah ke dalam mataku
disitu ada kamu.

lihatlah ke dalam kalbumu
adakah rindu buatku?
pandanglah ke dalam jiwaku
cintaku buatmu

hanya kau sayangku
tiada lain selain kamu
kau pertama dan terakhir buatku

genggamlah tanganmu
rasakah cintamu buatku?
peluklah dirimu
terasa belai kasihku

pejamkan matamu
adakah ruang untukku?
sandarlah hatimu padaku
kaulah nyawaku

sayangku tiada lain hanya untukmu
dan selamanya hanya kamu
setia kasihku padamu
tetap teguh
seteguh rinduku dikalbu
hanya kaulah kekasihku....


by: nurwateeqa_0107

cintaku padaNya