Saturday, June 15, 2013

SAMA




Izinkan aku bersuara....

SAMA by: abc

tidak payah untuk aku menyatakan
tidak sukar untuk aku suarakan
aku punya jalannya
kau hanya perlu membuka minda dan telinga mu
dengarkan suaraku, suara hatiku.

acapkali sudah aku katakan cinta
setiap saat rasanya aku luahkan rindu
dalam masa aku bernafas, aku mahu kau mengerti
yang kau dalam hatiku.

tak perlu aku tayangkan
tak perlu aku tontonkan
kau hanya perlu buka mata hatiku
dan lihatlah perasaanku
hati yang mencinta
hati yang merindu
hati yang memuja, kamu

dalam kabut kelam
dalam lebat hujan
dalam terang mentari
hati ku kekal sama

dalam dingin salju
dalam rimbun dedaun
dalam kencang taufan
hati kekal sama

sama cintanya
sama rindunya
sama untuk selamanya.
sama selagi aku mampu bernafas, ia akan kekal sama

Monday, August 27, 2012

Mencari Imam

Mencari Imam
kala diri masih terpalit debu dosa
kala diri masih penuh lumpur noda
layakkah?

Mencari imam
Yang mampu menegakkan diri ini
yang telah bengkok dan hampir patah
Yang mampu menerima, diri yang serba kurang, serba lemah, serba tiada
Yang mampu ku dengari tiap patah katanya
yang akan, ku taati arah dan bicaranya
yang akan, ku cintai sepenuhnya selepas cinta DIA

Mencari imam
Yang mampu, kenalkan dunia dan akhirat
Yang mampu, bezakan seronok berguna dan seronok sia-sia
Yang mampu, mendidik diri dan bakal cahaya mata

Mencari imam
dari celahan pembersihan hati dan diri
dari payah, rangkak mencari sucinya diri
jauh dilubuk hati... aku doa moga dia ku temui
ditemukan dan dihadirkan, jua diberikan....
kerna aku mencari cinta akhirat yang abadi

#Allah, perkenankanlah.....

Sunday, August 12, 2012

aku menulis untuk kamu.

aku menulis untuk kamu.
sungguh, hati aku tidak menipu.

tidur malamku asyik termimpikan mu
siang hariku, asyik dibayangi kamu.

sungguh, aku sendiri tidak mengerti
apakah maksud dibalik rasa ini.

aku menulis untuk kamu.
andainya kamu bisa memahami.
tiap bait yang aku nukilkan ini.
pasti kau akan mengerti.

aku menulis untuk kamu.
wajahmu aku renung lagi.
biarpun tidak berdepan.
cukuplah senyummu yang kelihatan.

aku menulis untuk kamu.
sejauh mana lagi harus aku berlari,
untuk kamu aku miliki?

sejauh yang harus aku pergi.
hanya sekadar untuk bertemu kamu?

di mana harus aku luahkan.
semua rasa yang aku rasa kini?

aku menulis untuk kamu.
hanya ini bisa untuk aku berterus terang.
dirimu menghantui aku, siang dan malam.

aku akan terus menulis untuk kamu.
mungkin, kita kan bertemu.
di hujung jaya nukilanku.
siapa tahu? :)

aku menulis untuk kamu <3 br="br">

Tuesday, June 12, 2012

Kau Sahaja



Dalam rakus hari aku lalui
Kau tetap yang aku rindu
Dalam payah waktu yang ku tempuhi
Kau ku ingati, selalu
Biar angan kau dalam mimpi
Biar mimpi kau dalam realiti
Aku tahu, kau yang setia dalam hati ini
Payah ungkapkan cinta
Susah melafazkan kata
Kerna kau aku berbeda
Bersua tidak
Bertemu payah
Kau tetap aku puja
Tetap aku doa
Tetap setia dalam tutur bicara
Tetap ada dalam gelak tawa
Hanya kerna kau terlalu aku cinta

-IkaMahlil-

Monday, January 30, 2012

lama.

tiada kata
tiada bicara

maaf aku pergi tanpa berita
maaf aku juga tidak menyampai sebarang cerita

bukan kecewa
bukan putus cinta
bukan ada masalah jiwa

cuma
cuma ia hanya satu sekatan
ia satu ketandusan
ah! kering tak beralasan.

maaf.
lama aku tidak memutar bicara
biar kau tercari makna
dalam atau cetekkah ia.

maaf.
aku tak mampu berbicara
walau kali kedua.

Thursday, September 15, 2011

cakar ayam?

penaku capai
tutupnya ku buka
aku renung lembaran putih bergaris
apa yang mahu aku coretkan?

jemariku bagai kekok nada tarinya
ah! berehat seminggu tanpa pena dan warkah putih
aku bagai hilang terus retak asasnya
mesin minda bagai penuh karat kuningnya

penaku letak
tutupnya ku tempat pada asalnya
warkah putih itu ku lipat. nah!

aku putus asa?
tidak!
siap sudah satu karya
nukilan tanpa ilham dan idea

tulisanya cakar ayam sahaja
ideanya bagai isi tiada
malu!
andai ada terbaca
aku baru belajar menuliskah?

Thursday, June 2, 2011

maafkan aku kerana mencintaimu.

maafkan aku kerana mencintaimu

saat kau lafaz kata pisah

tika kau kata benci yang tak sudah

tatkala kau pergi terus melangkah

 

maafkan aku kerana mencintaimu

walau kau terlalu membenci aku

walau kau tak pernah menyayangiku

walau kau memaksa aku melupakanmu

 

maafkan aku kerana mencintaimu

sungguh aku rindu

sungguh kau ku mahu

sungguh kau yang satu

 

maafkan aku kerana mencintaimu

biarpun kau pergi tak mahu lagi bersua

biarpun aku telah kau lupa

biarpun kau hilang tiada depan mata

aku akan tetap mencinta

 

sayang, aku sedar

cintaku ini mungkin mengganggumu

cintaku ini mungkin menyeksa harimu

cintaku ini mungkin muak buat dirimu

namun inilah aku, inilah hatiku, inilah jiwaku

hanya ada kamu

 

maafkan aku kerana terus mencintaimu,

biarpun kau membenciku

aku cuma mahu kau tahu

kau sentiasa dalam hatiku

 

MAAFKAN AKU KERANA MENCINTAIMU.

cintaku padaNya