Friday, March 26, 2010

coretan tanpa suara

Aku tidak mahu dijulang
Bahkan biar diagung2
Jauh sekali utk dipuja
Aku Cuma teruja
Menulis bait2 cinta
Rasa jiwa
Coretan raga
Yang sentiasa membara
Mencoret tinta
Yang selalu berdendang penuh jiwa
Telinga ku sentiasa terdengar kata2
Tanganku sentiasa memegang pena
Jariku terlalu suka berdansa
Mulut ku sentiasa mahu membicara
Pandangan mata ku melihat nada2
Kata cinta
Kata jiwa
Penuh rasa
Walaupun ia hanya coretan tanpa suara.



By: iqah~utm skudai… seminit sebelum solat maghrib…

Sunday, March 21, 2010

ketenangan suatu petang

Ku lihat awan kelabu
Berarak perlahan
Berat membawa bebanan
Ku lihat si layang-layang
Berterbangan
Mencari kediaman, entah..
Sekadar permainan mahupun makanan
Aku tak pasti

Ku lihat pohon tinggi menjulang
Bagai menggapai awanan kelabu
Menahan ia dari terus berlalu
Bagai memohon air kerahmatan
Angin mula bertiupan
Menyapa muka-muka alam
Menyegar tubuh-tubuh manusia
Yang sedang menikmati keindahan petang

Ku lihat sekelompok manusia
Kegirangan
Ketawa riang
Tak seperti awan kelabu
Yang berat menanggung beban
Mereka gembira
Mereka sungguh bahagia..

Aku hanya memerhati
Jauh Dari jendela kamar
Ku mencari kedamaian
Ketenangan
Kenikmatan
Subhanallah..
Indah alam ini…

Petang yang suram
Namun penuh ketenangan..
Jiwaku rasa tenteram

Aku berdoa…
Pergilah masalah…
Pergilah seribu resah..
Jauh… pergi bersama angin lalu..
Ku hanya ingin merasa tenang
Ku hanya ingin merasa riang
Hidup jauh dari kerisauan….. amin…

By: nur wateeqa, UTM Skudai, 6.43p.m / 19 mac 2010

Sunday, March 7, 2010

sujudku PadaMU


kembali aku bersujud padaMU
setelah byk dosa tercalit pada tubuh
setelah jauhku berpaling dariMu

kembaliku menangisi dosa lalu
setelah jauh ku hanyut
setelah lama ku tersungkur..

kembaliku memohon keampunanMu
memohon keredhaanMu
memohon yang terbaek dariMu

agar tidak terus hanyut
agar tidak terus lalai
agar tidak terus terlupa
agar kekal iman dan taqwa
molek akhlak dan bicara

cintaku padaNya