Saturday, June 15, 2013

SAMA




Izinkan aku bersuara....

SAMA by: abc

tidak payah untuk aku menyatakan
tidak sukar untuk aku suarakan
aku punya jalannya
kau hanya perlu membuka minda dan telinga mu
dengarkan suaraku, suara hatiku.

acapkali sudah aku katakan cinta
setiap saat rasanya aku luahkan rindu
dalam masa aku bernafas, aku mahu kau mengerti
yang kau dalam hatiku.

tak perlu aku tayangkan
tak perlu aku tontonkan
kau hanya perlu buka mata hatiku
dan lihatlah perasaanku
hati yang mencinta
hati yang merindu
hati yang memuja, kamu

dalam kabut kelam
dalam lebat hujan
dalam terang mentari
hati ku kekal sama

dalam dingin salju
dalam rimbun dedaun
dalam kencang taufan
hati kekal sama

sama cintanya
sama rindunya
sama untuk selamanya.
sama selagi aku mampu bernafas, ia akan kekal sama

2 comments:

  1. what happen to ur other blog. akubersamacahya?
    rindu nak ulang baca cerpen dan karya lain

    ReplyDelete
  2. nak renovate. lagi pun geram tak update cerita baru dan cerita kena songlap hehehehe kejap eh. tukang renovate nak spm tu lambat ihihihihi

    ReplyDelete

cintaku padaNya