Wednesday, October 13, 2010

cinta insani

Cinta insani…

Tersentuh lagi hati ini
Terpaut pada dahan cinta insani
Kala jalanan yang sunyi
Diribut angin sepi

Tersimpan sudah suatu kata
Pada dia
Aku setia
Pada dia
Aku mencari cinta

Kusangka cinta nya buat diriku
Namun ianya dusta
Aku kecewa
Aku yang mengharap
Pada suatu yang tak tersingkap

Aku bermain kata cinta
Dia menghembus rasa lembut kerinduan
Aku mencipta suatu rahsia kasih
Namun Dia mencari apa itu sayang

Aku terlupa
Aku ini siapa
Dia tak dimengerti
Dia tak mengerti
Selayakkah aku padanya

Aku pendam duka
Kerna aku bermain cinta rahsia
Air mata ku tahan
Jangan!
Jangan di alir kekuatan ku untuk dia
Dia takkan tahu
Takkan mahu tahu
Takkan terus bersamaku

Kini
Aku tahu semuanya
Aku kedua dlm hidupnya
Mungkin yang terakhir kalinya

Jauhlah diriku darinya
Tak sanggup kecewa buat sekian kalinya
Pada dia aku berdusta
Aku juga punya cinta
Cintaku lebih berharga
Kerna cintaku adalah cinta pada DIA…..


wrote on:
17.2.2009/12.35 a.m

cinta seluas awan??

jikalau hati ini dua
mungkin mudah membahagi cinta

jikalau hati ini tiga
mungkin mudah aku menukar nada cinta

namun ia satu..
selamanya begitu

cinta aku hanya satu
cuma perlu pecahan halus
untuk siapa dan siapa
utama dan manusia

cintaku tak seluas awan membiru
tak secerah langit memutih
tak seterang terik mentari

jikalau cinta ini seluas si awan
tentu hati ini tak pernah rawan
bisa jua ia menebar-nebar rindu rinduan
pastinya ia semarak cinta kita sejauh-jauhnya.

setia kasehku
setia rinduku

maaflah
cintaku tak seluas itu
tak secerah dulu

mungkin ia telah terhimpit awan kelabu.. =(

Saturday, September 18, 2010

rasa hatiku~

Aku hanya cuba menjayakan apa kau mahukan
Aku hanya pembantu kala kau kepinginkan
Aku bersuara saat kau benarkan
Salah siapa?
Aku atau kau?
Aku tak sebijak kau dalam memikirkan masa depan
Aku tahu itu
Aku tak sematang kau tatkala kita bicara tentang masa depan
Bukan aku lantang bersuara
Bukan aku cuba bandingkan ilmu
Bukan aku pinginkan
Aku Cuma mahu kau peluk apa kau mahukan
Bukan untuk aku
Untuk kamu
Untuk kamu
Untuk kamu jua
Untuk keluarga mu akhirnya
Jangan salah erti apa aku pinta
Bukan jua baek untuk hidup aku
Kerna kita bukan siapa-siapa
Kita tiada apa-apa
Kau katakan pada ku
Apa kau mahu
Apa maksud mu
Aku akan iyakan sahaja
Kerna aku mengerti
Aku hanya penanti
Seorang yang masih asing
Aku tak bisa memilih
Kerna pilihan itu Cuma ada satu
Tidak seperti kamu
Ada dua tiga dan selanjutnya
Yakinlah... aku sudah pikirkan segalanya
Yakinlah... aku katakan apa yang benar
Yakinlah.. . aku sudah rasa perit itu
Aku hanya tak mahu sejarah itu berlaku pada aku!!!!

Tuesday, August 10, 2010

datang lagi..sungguh aku rindu


sungguh telah lama aku tunggu
sungguh aku rindu

datang lagi bulan ibadah
bulan penuh kenikmatan dan rahmat

bulan yg dinantikan

bulan ramadhan
tiada bulan seindahnya....
ya Allah
moga ibadah aku kali ini menjadi ibadah yang terbaek..
amin...

Thursday, June 24, 2010

maafkan aku


maafkan aku
kerna mendustakan cinta
di saat kau perlukan ia

ampuni aku
kerna sembunyikan rindu
di waktu kau disisiku

maafkan khilafku
ampunkan salahku

maafkan aku
kerna pergi menjauh darimu
di saat kau perlukan aku

ampunkan daku
menyinggung perasaanmu
di waktu-waktu getir dirimu

maafkan aku
aku tahu ini salah ku!


by: nurwateeqa@gmail.com

Wednesday, June 23, 2010

poem about nature



The Heart of the Tree

What does he plant who plants a tree?
He plants a friend of sun and sky;
He plants the flag of breezes free;
The shaft of beauty, towering high.
He plants a home to heaven anigh
For song and mother-croon of bird
In hushed and happy twilight heard --
The treble of heaven's harmony --
These things he plants who plants a tree.

What does he plant who plants a tree?
He plants cool shade and tender rain,
And seed and bud of days to be,
And years that fade and flush again;
He plants the glory of the plain;
He plants the forest's heritage;
The harvest of a coming age;
They joy that unborn eyes shall see --
These things he plants who plants a tree.

What does he plant who plants a tree?
He plants, in sap and leaf and wood,
In love of home and loyalty
And far-cast thought of civic good --
His blessing on the neighborhood
Who in the hollow of His hand
Holds all the growth of all our land --
A nation's growth from sea to sea
Stirs in his heart who plants a tree.

Henry Cuyler Bunner(1855 - 1896)

Wednesday, June 2, 2010

cinta!




Cintaku padamu
Sejak berputik sehingga kini

Masih kembang mewangi
Tak pernahku biar layu

Tak pernah ku biar sepi

Kau lah insan dihati

kau jualah insan yang kurindui

Tak ada dua mahu pengganti

Kau istimewa dihati

Sejak pertama kali kau ku kenali
Telahpun ku berjanji pada diri
Akan ku pahat namamu dihati ini

Sampai bila pun cinta ini milik mu abadi!

June 2, 2010: 11.52p.m

cintaku padaNya