Saturday, February 19, 2011

ibadah~~


singgah disejadah untuk beribadah biarlah lebih lama,

daripada singgah dimana2 untuk berbicara tentang dunia.

Wednesday, February 9, 2011

aku cuba

aku cuba mematangkan fikiran

sedewasa yang aku pinginkan

bukan mudah

bukan payah

namun aku tetap lelah

mengapa menjadi sesuatu yang bukan aku?

kadangkala

ia berlaku tanpa daya aku menghalang ia terus berlaku

aku cuba menjadi dewasa

matang cara fikirannya

matang cara meronta rasa

matang tika berkata-kata

namun aku tak pernah tahu

apa makna matang itu?

apa erti matang itu?

apa dia matang itu?

salahkah aku cuba menjadi aku?

Monday, January 10, 2011

cinta itu ada~~


Sukar bagiku melupakan cinta kita
Aku tahu kau pun sama
Menyinta dan terus menyinta
Merindu dan tidak melupa.
Mengapakah sukar
Bagi kita mengungkap kembali cinta
Yang ada dalam hati kita
Mengapakah sukar
Bagi kita mengutus rindu
Yang terus bertamu dalam jiwa
Mengapakah kita meyimpan rasa
Memendam jiwa penuh cinta
Kita mengerti kita masih mahu bersama
Kasihku
Tiada lain dalam hati ini kecuali kamu
Tiada lain yang menjamu jiwa dan kalbu
Selain dirimu
Tiada lain yang hadir dalam mimpi-mimpi ku
Jika bukan wajah kamu
Kita bersama
Kita terus berdua
Namun tanpa cinta itu dilafaz buat sekelian kalinya
Aku malu
Kamu juga begitu
Aku mahu
Dan kamu juga
Inikah yang terbaek bagi kita?
Inikah yang kita pinta?
Inikah jalan bahgia?


nurwateeqa
10January2010/8.37pm


Monday, January 3, 2011

soalan hati cinta dan jiwa.

salahkah jiwa ini mencinta
memuja insan didunia?

salahkah hati menurut kata
jiwa yang lemas dalam hangat asmara?

salahkah diri terus melayar bahtera
kebahagiaan cinta dunia?

salahkah aku merindui insan bernama lelaki
menguntum janji tidak ditepati?

salahkah aku menyayangi
sedangkan dia tidak pernah mahu mengerti?

aku insan biasa
aku seorang wanita
aku hanya lah manusia
lemah tanpa daya
goyah tanpa nyawa
bisa rapuh nodaan dunia
mudah patah diratah nafsu cinta

Friday, December 24, 2010

dulu kongsi cinta, sekarang kongsi cerita^^

dulu kita bertemu
kenal mesra tanpa jemu
kita cuba bina rasa baru
akhirnya bercinta kau dan aku

indahnya tatkala bermesra
kau dan aku berjanji setia
dunia remaja dan dewasa
kita impi untuk ke angkasa

indah itu ada
tapi cinta kita berbeza
luarbiasa daripada mereka
kita kenal siapa dan rupa
namun kita tidak pernah bersua

kita dewasa bersama
umur muda lagi sebenarnya
kita cuba bina pelamin cinta
untuk kekal selamanya

bahagia itu sementara
banyak jurang kita berbeza
kau dengan pelbagai cara
aku mahu menang aku bersuara

ternoktah jua cinta kita
tertutup sudah aku untuk bercinta
kecewa kita terluka
kau menangis aku berduka

kita cuba ketawa
seolah tiada apa-apa
kita cuba bercerita
tapi hati cemburu membara

episod kita baru bermula
kita yang rasa ini akhirnya
tapi kita terlupa
kita tetap bersama selamanya

hey cinta!
masih ingatkah janji kita?





ana ma'annur
03.26a.m
25.12.2010



Tuesday, December 21, 2010

anugerah buat dia ^^

laman ini bukan nyata
laman ini bukan fana
bukan jua tempat menjadi diva
bukan juga tempat untuk juara

aku menulis bukan kerna nama

aku mencoret bukan untuk sesiapa
aku mencatat bukan kerana berduka
atau terluka

++++

terima kaseh kerana sudi ke sini
=)

penghargaan buat farah,follower ke 50'



thank you semua ^^




Sunday, December 19, 2010

pabila jiwa terluka

singgah bercinta dalam dunia
gelap mata cinta buta
tiada pandangan selaen pada dia
gelap seluruh alam semesta
cerah suria hanya pada cinta

jiwa terluka
hati hampa
jiwa merana
meraung berduka

salahkan dunia
marahkan dunia
dunia ini kejam
durjanalah ia

tapi bukankah dulu
gelap itu pada dunia?
cerah suria pada cintanya?
kenapa kini salahnya pada dunia?

wahai jiwa insani
butakah cinta?
atau hatimu jua..

tunding diri
bukan dunia
tunding hati
gelapnya jiwa

cinta itu tidak buta
bukan jua salah dunia
tetapi pesong kamu manusia
lemahnya peganganmu didunia~~






ana ma'annur
19.12.2010
4.07p.m

cintaku padaNya