Aku hanya cuba menjayakan apa kau mahukan
Aku hanya pembantu kala kau kepinginkan
Aku bersuara saat kau benarkan
Salah siapa?
Aku atau kau?
Aku tak sebijak kau dalam memikirkan masa depan
Aku tahu itu
Aku tak sematang kau tatkala kita bicara tentang masa depan
Bukan aku lantang bersuara
Bukan aku cuba bandingkan ilmu
Bukan aku pinginkan
Aku Cuma mahu kau peluk apa kau mahukan
Bukan untuk aku
Untuk kamu
Untuk kamu
Untuk kamu jua
Untuk keluarga mu akhirnya
Jangan salah erti apa aku pinta
Bukan jua baek untuk hidup aku
Kerna kita bukan siapa-siapa
Kita tiada apa-apa
Kau katakan pada ku
Apa kau mahu
Apa maksud mu
Aku akan iyakan sahaja
Kerna aku mengerti
Aku hanya penanti
Seorang yang masih asing
Aku tak bisa memilih
Kerna pilihan itu Cuma ada satu
Tidak seperti kamu
Ada dua tiga dan selanjutnya
Yakinlah... aku sudah pikirkan segalanya
Yakinlah... aku katakan apa yang benar
Yakinlah.. . aku sudah rasa perit itu
Aku hanya tak mahu sejarah itu berlaku pada aku!!!!
No comments:
Post a Comment