Friday, December 24, 2010

dulu kongsi cinta, sekarang kongsi cerita^^

dulu kita bertemu
kenal mesra tanpa jemu
kita cuba bina rasa baru
akhirnya bercinta kau dan aku

indahnya tatkala bermesra
kau dan aku berjanji setia
dunia remaja dan dewasa
kita impi untuk ke angkasa

indah itu ada
tapi cinta kita berbeza
luarbiasa daripada mereka
kita kenal siapa dan rupa
namun kita tidak pernah bersua

kita dewasa bersama
umur muda lagi sebenarnya
kita cuba bina pelamin cinta
untuk kekal selamanya

bahagia itu sementara
banyak jurang kita berbeza
kau dengan pelbagai cara
aku mahu menang aku bersuara

ternoktah jua cinta kita
tertutup sudah aku untuk bercinta
kecewa kita terluka
kau menangis aku berduka

kita cuba ketawa
seolah tiada apa-apa
kita cuba bercerita
tapi hati cemburu membara

episod kita baru bermula
kita yang rasa ini akhirnya
tapi kita terlupa
kita tetap bersama selamanya

hey cinta!
masih ingatkah janji kita?





ana ma'annur
03.26a.m
25.12.2010



2 comments:

cintaku padaNya