Wednesday, October 13, 2010

cinta insani

Cinta insani…

Tersentuh lagi hati ini
Terpaut pada dahan cinta insani
Kala jalanan yang sunyi
Diribut angin sepi

Tersimpan sudah suatu kata
Pada dia
Aku setia
Pada dia
Aku mencari cinta

Kusangka cinta nya buat diriku
Namun ianya dusta
Aku kecewa
Aku yang mengharap
Pada suatu yang tak tersingkap

Aku bermain kata cinta
Dia menghembus rasa lembut kerinduan
Aku mencipta suatu rahsia kasih
Namun Dia mencari apa itu sayang

Aku terlupa
Aku ini siapa
Dia tak dimengerti
Dia tak mengerti
Selayakkah aku padanya

Aku pendam duka
Kerna aku bermain cinta rahsia
Air mata ku tahan
Jangan!
Jangan di alir kekuatan ku untuk dia
Dia takkan tahu
Takkan mahu tahu
Takkan terus bersamaku

Kini
Aku tahu semuanya
Aku kedua dlm hidupnya
Mungkin yang terakhir kalinya

Jauhlah diriku darinya
Tak sanggup kecewa buat sekian kalinya
Pada dia aku berdusta
Aku juga punya cinta
Cintaku lebih berharga
Kerna cintaku adalah cinta pada DIA…..


wrote on:
17.2.2009/12.35 a.m

cinta seluas awan??

jikalau hati ini dua
mungkin mudah membahagi cinta

jikalau hati ini tiga
mungkin mudah aku menukar nada cinta

namun ia satu..
selamanya begitu

cinta aku hanya satu
cuma perlu pecahan halus
untuk siapa dan siapa
utama dan manusia

cintaku tak seluas awan membiru
tak secerah langit memutih
tak seterang terik mentari

jikalau cinta ini seluas si awan
tentu hati ini tak pernah rawan
bisa jua ia menebar-nebar rindu rinduan
pastinya ia semarak cinta kita sejauh-jauhnya.

setia kasehku
setia rinduku

maaflah
cintaku tak seluas itu
tak secerah dulu

mungkin ia telah terhimpit awan kelabu.. =(

cintaku padaNya