Friday, December 24, 2010

dulu kongsi cinta, sekarang kongsi cerita^^

dulu kita bertemu
kenal mesra tanpa jemu
kita cuba bina rasa baru
akhirnya bercinta kau dan aku

indahnya tatkala bermesra
kau dan aku berjanji setia
dunia remaja dan dewasa
kita impi untuk ke angkasa

indah itu ada
tapi cinta kita berbeza
luarbiasa daripada mereka
kita kenal siapa dan rupa
namun kita tidak pernah bersua

kita dewasa bersama
umur muda lagi sebenarnya
kita cuba bina pelamin cinta
untuk kekal selamanya

bahagia itu sementara
banyak jurang kita berbeza
kau dengan pelbagai cara
aku mahu menang aku bersuara

ternoktah jua cinta kita
tertutup sudah aku untuk bercinta
kecewa kita terluka
kau menangis aku berduka

kita cuba ketawa
seolah tiada apa-apa
kita cuba bercerita
tapi hati cemburu membara

episod kita baru bermula
kita yang rasa ini akhirnya
tapi kita terlupa
kita tetap bersama selamanya

hey cinta!
masih ingatkah janji kita?





ana ma'annur
03.26a.m
25.12.2010



Tuesday, December 21, 2010

anugerah buat dia ^^

laman ini bukan nyata
laman ini bukan fana
bukan jua tempat menjadi diva
bukan juga tempat untuk juara

aku menulis bukan kerna nama

aku mencoret bukan untuk sesiapa
aku mencatat bukan kerana berduka
atau terluka

++++

terima kaseh kerana sudi ke sini
=)

penghargaan buat farah,follower ke 50'



thank you semua ^^




Sunday, December 19, 2010

pabila jiwa terluka

singgah bercinta dalam dunia
gelap mata cinta buta
tiada pandangan selaen pada dia
gelap seluruh alam semesta
cerah suria hanya pada cinta

jiwa terluka
hati hampa
jiwa merana
meraung berduka

salahkan dunia
marahkan dunia
dunia ini kejam
durjanalah ia

tapi bukankah dulu
gelap itu pada dunia?
cerah suria pada cintanya?
kenapa kini salahnya pada dunia?

wahai jiwa insani
butakah cinta?
atau hatimu jua..

tunding diri
bukan dunia
tunding hati
gelapnya jiwa

cinta itu tidak buta
bukan jua salah dunia
tetapi pesong kamu manusia
lemahnya peganganmu didunia~~






ana ma'annur
19.12.2010
4.07p.m

Wednesday, December 15, 2010

ajarkan aku?


sila ajar aku
kerna aku perlukan satu ilmu
untuk bisa menapak
didahan rapuh dunia

ajarkan aku
bagaimana untuk berbicara
bermadah jua bertitah
laksana sang pujangga

ajarkan aku
agar bisa bersuara
bersyair pada dunia
seisi alam bisa riang ketawa

sila ajarkan aku
agar aku bisa berlari
sepantas sekilat api
menepis segala panahan benci

ajarkan aku
agar bisa aku menjaga diri
daripada segala iri
semua benci
manusia bermata duniawi

sila ajarkanlah aku~~~





nurwateeqa
15 december 2010
9.07p.m

Friday, December 10, 2010

air mata si hati


hati tiba-tiba merintih
katanya ia pedih
bilangnya ia sedih

hati tiba-tiba menangis
ujarnya dia dihiris
kata bicara sinis

hati tiba-tiba meraung
cinta tak sampai terus ku laung
kasih tak sudi terus lambung

hati terus merintih
pedih dan sedih
menangis dek kata sinis
meraung bak tiada penaung!

aku dihambat kesakitan
menahan perit pedihnya hati
aku dihimpit keseksaan
menolak segala gelodak perasaan.


nurwateeqa
11.12.10
1.24p.m





gambar: google.com

cintaku padaNya